Sunday, January 18, 2015

HARGA EMAS MALAYSIA

Di Malaysia, harga emas sangat penting untuk diketahui bagi pelabur-pelabur emas, dan penggemar membeli emas. Tidak kira apa jua jenis emas, masih tetap ada nilainya. Kelebihan emas daripada benda-benda lain ialah walaupun harganya diakatakan agak mahala, namun masih mempunyai harga yang agak tinggi jika kita menjualnya semula atau di Arrahnukan.




Penerangan tentang Arrahnu sudah dijelaskan di post sebelum ini. Maka mari kita membincangkan tajuk yang lebih serius ini. Tanpa merujuk harga semasa emas Malaysia yang standard, ini akan memberi kebarangkalian kepada pembeli mudah ditipu semasa membeli emas. Contoh harga semasa emas di Arrahnu Xchange
Berikut pula merupakan link ke Arrahnu Xchange http://www.arrahnuxchange.com.my/v1/
Arrahnu Xchange biasanya menjadi pilihan kerana lokasinya yang mudah dijumpai di mana-mana tempat.

Bagi merujuk harga emas semasa Malaysia Bagi semua Arrahnu mengikut kategori emas pula adalah di link berikut http://www.hargaemas.com.my/harga . Semoga dengan pautan tersebut dapat memberi sedikit pencerahan dalam membandingkan harga emas semasa emas.

Semasa membeli emas, langkah-langkah berikut boleh diaplikasikan :)
1. Pilih emas idaman hati
2. Tanya kepada penjual berapa berat emas tersebut sekiranya tidak dipamerkan
3. Tanya pula harga semasa emas mengikut purity pada hari tersebut
4. Cuba bandingkan dengan harga semasa emas Malaysia dengan merujuk                                                 link http://www.hargaemas.com.my/harga (boleh di'book-mark' dalam npon )
5. Sekiranya harga berbeza terlalu melampau per gram, bolehla melakukan urusan tawar-menawar :). Kadang-kadang harga emas boleh berbeza banyak disebabkan jenis emas tersebut, designmya yang lebih menarik, kedudukan kedai emas tersebut yang perlu membayar sewa yang tinggi dan kos upah yang tinggi selain beratnya.

Maka, terpulanglah kepada pilihan hati masing-masing. Tetapi ada juga yang akan bertanya kenapa beli gold bar 1g yang dari luar negara lagi mahal daripada gold bar buatan negara sendiri. Sukar untuk dujelaskan namun hakikatnya emas luar negara contoh yang paling popular pamp suisse diiktiraf di kebanyakan negara, Contoh lain maple Leaf Gold Coin. Kedua-dua ini diterima di kebanyakan Arrahnu pos. Manakala di Arrahnu Xchange pula perlu ikut kehendak pihak Arrahnu kerana mereka tidak menerima gold bar atau coin emas yang bukan panel mereka. Tidak perlu gusar dan yakinlah emas di mana-mana pun tak akan rugi dan merupakan satu platform baik untuk menyimpan wang. 

Namun sejauh mana prospek emas ini akan bertahan.Bukankah emas merupakan salah satu sumber asli yang satu hari akan kehabisan juga seperti petroleum? Berapakah lamakah lagi proses jual beli emas akan berlaku? Adakah harga emas sentiasa akan naik untuk tempoh 10 tahun lagi? Saya biarkan anda berfikir dan cuba cari alternatif apa lagi yang terbaik untuk membuat urusan jual beli emas dengan menyakinkan dan boleh diwarisi.

No comments:

Post a Comment